Wednesday, January 2, 2008

Cari Duit Dengan Auction Ads

Sebelum saya nak bercakap panjang tentang Auction Ads ni, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua! Tahun Baru azam baru!! hehe.. Untuk tahun 2008 ni saya berazam untuk menambah ilmu di dada untuk memastikan kejayaan dalam bidang internet ni. Semenjak menceburi bidang ni, saya rasakan potensi yang ada pada diri saya untuk berjaya dalam bidang ni. Yang penting saya kena lebih rajin dan lebih usaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang internet ni.

Memang tidak dapat dinafikan mencari duit atau menjana pendapatan dari internet tidaklah semudah yang disangkakan. Untuk menjana pendapatan dari internet, kita haruslah bersedia untuk belajar benda baru dan usaha adalah faktor yang penting untuk menjamin kejayaan dalam bidang ini. Saya harap tahun 2008 ni adalah tahun yang mampu memberi sesuatu yang saya impikan. InsyaAllah..

Ok kita tinggalkan cerita tentang 2008, so sekarang ni saya nak bercakap tentang program pengiklanan Auction Ads.

Apa itu Auction Ads
Auction Ads adalah iklan jenis CPA (Cost Per Auction) bagi sistem affiliate lelong eBay. Kita akan dibayar hanya jika berlaku aktitivi (perjualan) di website eBay melalui link kita. Dengan kata lain, kita tidak akan dibayar jika pelawat hanya melakukan klik pada iklan kita tetapi tidak melakukan aktiviti seperti perjualan di ebay.

Sistem Affiliate
Untuk lebih menarik minat ramai publisher seperti kita, Auction Ads memperkenalkan sistem affiliate mereka sendiri di mana kita akan mendapatkan 2% hingga 5% dari pendapatan referral kita selama 6 bulan pertama. So dengan adanya sistem affiliate ini, kita boleh menjana pendapatan melalui 2 cara iaitu melalui paparan berasaskan iklan CPA (Cost Per Auction) dan referral kita.

Sistem Pembayaran
Auction Ads melakukan pembayaran kepada kita setiap awal bulan melalui Paypal. So kepada sesiapa yang masih belum mempunyai akaun boleh daftar akaun Paypal sekarang! Daftar percuma bukannya bayar pun..hehe

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Free $25.00 AuctionAds Bonus For New Publishers!!
Menarik bukan? Dengan menyertai Auction Ads saja kita suda dapat $25.00 (lebih kurang RM82), itu belum lagi kalau iklan yang kita letak di website kita menghasilkan seperti yang kita harapkan. Mesti lumayan kan? So apa lagi Join la Auction Ads sekarang!!

Untuk menyertai Auction Ads, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar di website AuctionAds dengan mengisi form yang disediakan dengan data anda. Untuk pengetahuan anda semua, iklan Auction Ads boleh dipaparkan disamping Google Adsense. Jadi tiada masalah bagi anda sekiranya anda ingin meletakkan iklan Auction Ads di website anda yang sedia ada iklan Google Adsense.

Cara Pasang Auction Ads Anda
Untuk memasang iklan Acution Ads tidaklah susah sangat seperti Google Adsense, antaramuka untuk setting iklan Auction Ads agak simple dan tidak sukar bagi anda untuk menguasainya. Pertama sekali anda login ke akaun Auction Ads anda seterusnya anda buat Campaigns. Untuk pengetahuan anda fungsi Campaigns ni sama seperti Channel di Google Adsense. Selepas buat Campaigns anda klik Get Code untuk membolehkan anda menetapkan iklan anda dengan melalui setting yang disediakan dan anda boleh melihat contoh iklan anda melalui Live Ad Preview. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas.























Setelah selesai membuat bentuk iklan seperti yang anda inginkan, anda copy kod dikotak yang disediakan seterusnya paste kod tersebut di website anda. That's all! Mudah kan? Saya harap dengan adanya artikel ini, ia dapat memberi anda info tentang kewujudan Auction Ads dan seterusnya ia dapat membantu anda untuk cari duit di internet. Gud Luck!! :)

Update:
Untuk pengetahuan anda, Auction Ads baru saja digabungkan dengan Shopping Ads (selepas artikel ini ditulis). Mungkin sebahagian maklumat yang saya tulis dalam artikel ini tidak lagi relevan atau tepat. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik disini AuctionAds moves to ShoppingAds!

Read More……

Monday, December 24, 2007

Dapat Duit Lebih Dengan Hanya Sharing Pictures

Hari ni saya nak kongsi dengan anda tentang laman web Shareapic. Shareapic ni adalah image hosting yang membolehkan kita upload dan kongsi pictures yang kita ada di internet. Shareapic ni sama saja dengan image hosting yang lain seperti Photobucket dan Imageshack. Cuma satu perkara yang BEST sangat tentang Shareapic ni iaitu kita akan diBAYAR sekiranya kita upload dan share gambar-gambar kita di Shareapic. Mudah kan? Kita daftar di Shareapic, uplod pictures dan tunggu DUIT. :)

Dengan Shareapic ni, kita boleh buat seberapa banyak galeri yang kita nak sebab kita boleh upload pictures yang kita ada tanpa had. Best kan? Dengan kata lain banyak galeri yang kita buat kemungkinan besar banyak juga duit kita boleh dapat. Yang penting kita tahu cara untuk mempromosi pictures kita.

Jom kita lihat bagaimana Shareapic ni berfungsi:
1. Kita join Shareapic.net
2. Kita upload seberapa banyak gambar-gambar yang kita ada.
3. Kongsi gambar yang kita upload td dengan kawan2, family dan sesiapa saja.
4. Shareapic BAYAR kita bagi setiap imej yang dipaparkan.

Cara Promosi Shareapic Anda
1. Letak gambar yang anda upload di Shareapic di blog anda.

2. Kongsi pictures anda di forum. Contohnya: Katakan anda minat sangat kelab Manchester United FC, so anda cari forum yang berkaitan dengan bola sepak dan kongsi gambar pemain Manchester United FC yang anda ada dengan peminat Manchester United yang lain di forum tersebut. Mudah kan?

3. Email gambar anda kepada rakan2 dan family anda. Mulai saat ni sekiranya anda mempunyai pictures yang menarik, anda upload gambar tersebut di Shareapic dan email pictures tersebut kepada rakan2 anda.

4. Ada myspace kan? Letak gak pictures anda di myspace untuk tatapan member2 anda dan anda dapat duit. :)

5. Mari kita kongsi Pictures!! Apa kata kita kongsi pictures yang kita ada..dengan kongsi pictures boleh gak kita dapat duit. betul tak? Saya baru je dapat idea ni malam td.hehe.. Join yahoo groups tipscariduit, kita invite member2 yang kita kenal join yahoo groups ni dan kita kongsi gambar2 yang kita ada.. Jom kita share gambar dan dapat duit sekarang!!


Read More……

Sunday, December 23, 2007

WEBPAGE HEADER PERCUMA!!

Salam dan selamat sejahtera..Berita Baik!! Bermula hari ini saya akan menyediakan WEBPAGE HEADER PERCUMA untuk anda yang memerlukan webpage header untuk blog anda.

Webpage header ni adalah salah satu faktor penting untuk menarik perhatian pengunjung laman web anda. Untuk permulaan ni saya telah design 10 WEBPAGE HEADER PERCUMA khas untuk anda semua. Saya akan cuba untuk mengemaskini webpage header ni setiap masa. So untuk tidak ketinggalan untuk mengetahui penambahan jumlah WEBPAGE HEADER PERCUMA ini, anda subscribe feed blog ini dengan memasukkan email anda di subscribe feed blog ini.

Tunggu apa lagi? Dapatkan 10 WEBPAGE HEADER PERCUMA anda sekarang!! Bagi anda yang mempunyai masalah berkenaan webpage header ni, anda boleh komen atau contact saya melalui email. Saya akan cuba reply email anda secepat mungkin. Saya harap anda puas hati dengan adanya WEBPAGE HEADER PERCUMA ini. :)

Read More……

Thursday, December 20, 2007

Cari Duit Di Internet Dengan Adsense Di Blog Anda

Setelah beberapa hari nie saya asyik membebel tentang cara terbaik cari duit di internet, cara daftar adsense dengan cepat dan berkesan, perkara-perkara yang patut kita hindari daripada kita di "ban" oleh Google dan tentang istilah-istilah yang ada di Google Adsense. So hari nie saya nak cakap pasal cara memasukkan kod adsense di blog korang...artikel ni saya buat untuk korang yang pakai blogger/blogspot..saya ni suka pakai blogspot..hehe.

Lagipun saya tulis artikel nie untuk korang yang masih tidak mengetahui cara meletakkan kod Adsense di blogger korang. Dengan meletakkan kod Adsense di blog korang ni, maka bermula episod baru dalam hidup korang untuk mencari duit di internet..hehe.. Emm..membebel lagi.. : ) so kita teruskan dengan tutorial meletakkan kod adsense ni korang ni. Korang ikut langkah-langkah ni ok!

Ada 2 cara untuk meletakkan kod Adsense korang ni di blogger iaitu melalui AdSense atau HTML/Javascript.





Untuk ke bahagian AdSense dan HTML/Javascript ni, korang klik Layout dan kemudian klik Add a Page Element.


1. Cara Pertama: AdSense




Klik AdSense kemudian korang setting AdSense mengikut kesesuaian tema website korang lepas tu jangan lupa klik Save Changes. Mudah kan?


Imej di atas adalah contoh kod AdSense yang korang masukkan. Korang boleh letakkan kod adsense korang ni di tempat yang korang rasa strategik dengan drag kod adsense korang tu. Klik Preview untuk lihat website korang dan klik save kalau korang da puas hati dengan penampilan kod adsense di website korang. So kod adsense korang tu da pun siap! Horreyy..simple kan?

2. Cara Kedua: HTML/Javascript


Login ke akaun Google Adsense korang kemudian klik Adsense Setup kemudian korang pilih format iklan yang korang nak pakai sama ada korang nak guna Adsense for content, search box atau referrals. Di tutorial ni saya andaikan korang pilih Adsense for content. Korang boleh tengok imej tu untuk lebih jelas dan mudah faham arahan yang saya berikan.


Seperti yang korang sedia maklum, Adsense for content ni ada 2 jenis iaitu Ad Unit dan Ad Link. Kedua-dua jenis ads ni korang boleh masukkan di website korang. Untuk tutorial korang boleh pilih ad unit kemudian klik button Continue.


Untuk bahagian ni (lihat imej), korang pilih format yang sesuai dengan tema website korang.


Lepas pilih format iklan adsense, korang dibawa ke bahagian channel di mana saya syorkan korang wat channel untuk iklan adsense korang tu untuk memudahkan korang memantau prestasi iklan adsense korang tu.


Setelah korang buat channel klik button Continue seterusnya klik button Submit and Get Code untuk dapatkan kod tersebut dan copy kod tersebut untuk diletakkan di blog korang.


Pastikan korang da copy kod adsense korang tu dan sekarang korang klik ke Layout (lihat arahah sebelum ni) dan klik Add a Page Element kemudian pilih Add to Blog dibahagian HTML/Javascript. Kemudian paste kod adsense yang korang copy dibahagian yang disediakan. Pastu klik Save Changes.


Seperti sebelum ni, kod adsense yang korang masukkan melalui HTML/Javascript ni juga boleh diletakkan dibahagian yang korang rasa berpotensi untuk korang dapat duit.. : )

Saya harap dengan tutorial yang tak seberapa ni, korang dapat mengetahui cara untuk meletakkan kod adsense di blog blogger anda. Tutorial ni saya tujukan kepada mereka yang tidak biasa menggunakan blog blogger.com dan baru melibatkan diri di planet cari duit di internet nie..hehehe. Bagi yang belum biasa dengan blogger.com ni, korang boleh gunakan cara pertama yang lebih mudah dan cepat. Ok sekian saja untuk hari ini, kalau ada yang tidak faham, korang boleh komen k.

Read More……