Saturday, December 15, 2007

Cara Daftar Google Adsense Dengan Cepat dan Berkesan

Tentang Google Adsense
Hari ni saya akan terangkan apa itu Google Adsense dan bagaimana kita boleh menjana pendapatan melalui Google Adsense. Google Adsense adalah program pengiklanan di mana pemilik laman web memaparkan iklan Google di laman web mereka berdasarkan kata kunci laman web mereka dan Google akan membayar komisyen kepada pemilik laman web berdasarkan klik yang dilakukan oleh pengunjung laman web tersebut.

Camna Google bleh bayar kita? Untung ke Google wat program ni? Mestila Google untung besar dengan program ni kalau tak mereka takkan buat program iklan ni..hehehe (sendiri soal sendiri jawab da ;p). Sebenarnya Google ni menjana pendapatan melalui pengiklan di mana pengiklan akan membuat pembayaran ke atas iklan produk atau perkhidmatan mereka di laman web Google dan Google wujudkan Google Adsense untuk membolehkan pemilik laman web memaparkan iklan produk/perkhidmatan pengiklan yang berkaitan dengan laman web mereka. Menarik kan?


Langkah2 Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Daftar Adsense
Panduan ini untuk korang yang masih belum mempunyai laman web:
  1. Buat satu blog (English) guna Blogger. Korang bleh guna weblog yang lain selain Blogger.
  2. Publish sekurang-kurang 5 artikel tentang topik yang korang bleh tulis. Contohnya,kalau korang suka tengok bola..korang bleh tulis tentang Manchester United ke (Sokong MU..hehe). Sebaik-baiknya korang tulis sendiri artikel korang tp kalau korang malas nak menulis, korang bleh guna reprint article di goarticles.com, ArticleCity dan EzineArticles.com. Kalau guna reprint article, korang jangan lupa tau copy dan paste nama penulis artikel yang korang ambil supaya tiada isu tentang copyright.
  3. Pastikan blog korang tu takde kandungan porno, berciri perkauman, perjudian dan apa2 sajala kandungan yang salah disisi undang-undang.
Kalau korang sudah publish 5 post atau lebih, sekarang ni korang bleh la daftar akaun google adsense : )


Cara Daftar Akaun Google Adsense
Setelah penat dan pening kepala wat artikel..hehe...sekarang ni tiba la masa untuk korang daftar akaun google adsense. Berikut adalah langkah2 daftar akaun adsense :)
  1. Korang daftar Google Adsense dengan klik button "Sign up Now" di laman web Google Adsense.
  2. Isi borang dengan maklumat korang. Untuk maklumat website tu korang masukkan dengan alamat blog yang korang da buat sebelum ni.
  3. Selepas submit borang tu, korang perlu tunggu 1-3 hari untuk dapat jawapan dari Google. Permohonan saya diluluskan oleh Google dlm masa 1 hari je..;p
Good luck k! nanti di post yang akan datang saya akan tulis artikel tentang apa yang korang perlu lakukan selepas permohonan Adsense korang berjaya. Jumpa lagi k..bye :)



1 comments:

Anonymous said...

Thank you for sharing

regards
web design company