Monday, December 17, 2007

Istilah-istilah Google Adsense Yang Perlu Anda Tahu

Di post saya sebelum ni, saya menerangkan bagaimana mendaftar akaun adsense dengan cepat dan berkesan. So untuk hari ini, saya akan menerangkan istilah-istilah yang ada di Google Adsense yang wajib korang amik tahu sebab ia akan membantu korang untuk lebih memahami tentang Adsense ni seterusnya membantu korang cari duit melalui Adsense dengan cara yang berkesan. Jom kita berkenalan dengan istilah-istilah yang ada di Google Adsense ni.

Publisher
Pemilik laman web yang sudah mempunyai akaun Google Adsense dan telah meletakkan iklan-iklan Adsense di dalam website mereka.

Adsense For Content

Memaparkan iklan-iklan yang relevan dengan kandungan website korang. Adsense for content ni ada jenis iaitu Ad Unit dan Link Unit. Kita akan dibayar apabila iklan-iklan ni di klik oleh pengunjung website kita.

Ad Unit
Ad Unit ni ada 2 jenis iaitu text ads (iklan teks) dan text images (iklan imej). Dibawah ni adalah contoh Ad Unit:







Link Unit
Link unit ni macam link biasa yang kita selalu nampak di website. Ni contoh Link unit:








Adsense For Search
Adsense For Search ni membolehkan kita meletakkan search box di website kita. Kita boleh memperolehi pendapatan sekiranya pengunjung menggunakan search box yang kita letakkan di website kita.

Referrals
Referrals ni kita hanya perlu merujuk pengunjung ke produk dan perkhidmatan Google. Kita boleh menggunakan banner ataupun teks untuk diletakkan di website kita. Kita hanya akan dibayar apabila pengunjung yang kita rujuk td telah melakukan tindakan ( Contoh: Daftar menjadi publisher Adsense) bukan berdasarkan klik seperti adsense for content.

Page Impression
Menunjukkan jumlah berapa kali page website kita yang mempunyai iklan google dipaparkan/dibuka oleh pengunjung.

Clicks
Jumlah klik yang dilakukan oleh pengunjung ke atas iklan google kita.

Page CTR (Clickthrough Rate)
Clickthrough rate ni adalah jumlah klik yang diterima dibahagi dengan jumlah iklan atau page yang telah dipaparkan. Contohnya jumlah klik yang website korang terima ialah 20 dan jumlah ia dipaparkan (page impression) sebanyak 40 kali maka Page CTR korang adalah 50%.

Page eCPM
Yang saya faham tentang eCPM (Effective Cost Per 1000 Impression) ni hanyalah sebagai guide yang menunjukkan berapa hasil pendapatan korang berdasarkan jumlah impression. Contoh pengiraan eCPM: eCPM = (jumlah pendapatan/ jumlah impression) * 1000.

CPC (Cost Per Click)
CPC ni adalah jumlah pendapatan yang kita dapat bagi setiap klik yang dilakukan pengunjung website kita. Untuk pengetahuan korang, nilai CPC Ad unit ni berbeza-berbeza dan dipengaruhi oleh banyak faktor.

Saya harap dengan penerangan ringkas tentang istilah-istilah yang ada di Google Adsense ni, saya harap artikel ni sedikit sebanyak dapat membantu korang memahami istilah-istilah tersebut.



1 comments:

Muntie said...

Terima kasih untuk istilah-istilahnya. Beberapa saya baru paham :).
Selain adsense, coba trading forex ga bro? Lumayan bisnis online tambahan, kebetulan nemu broker bagus juga yang cucok buat trader Indonesia, karena metode pendanaannya dipermudah. Coba cek OctaFx