Wednesday, December 19, 2007

Cari Duit Dengan Adsense? Jangan Lakukan Perkara2 Ni!!

Seperti yang korang tahu, Google Adsense ni satu program menjana pendapatan dari internet yang sangat popular pada masa kini. So untuk pengetahuan korang, sekarang ni boleh dikatakan ramai pemilik laman web join untuk cari duit melalui Google Adsense ni. Bagi yang baru melibatkan diri dengan dunia Adsense ni, semuanya bersemangat tinggi dan berkobar-kobar untuk cari duit yang lumayan dari internet. Yang belum mempunyai akaun Adsense tu boleh la daftar Adsense sekarang! Cuma satu perkara yang saya nak ingatkan kat korang, jangan abaikan TOS (Term of use) Google Adsense!! kalau korang serius dengan dunia Adsense ni. Kalau tak, segala penat lelah korang takkan kemana kalau korang langgar TOS Google Adsense akhirnya frust menonggeng gak..

Untuk hari ni, saya akan senaraikan perkara-perkara yang korang tidak boleh lakukan dengan Adsense. Apa yang saya senarai ni adalah perkara-perkara yang pemilik laman web selalu lakukan terhadap iklan Adsense mereka.

1. JANGAN klik iklan Google Adsense korang sendiri! JANGAN klik walaupun sekali! Kalau klik secara tidak sengaja? Kalau kes mcm ni berlaku, korang kena contact pihak Adsense dengan segera bagitau perkara yang korang secara tidak sengaja klik iklan adsense korang. Tapi seelok-eloknya cuba elakkan perkara ni daripada berlaku sebab Adsense ni strict sgt. Lagipun Google da bagitau "Please note that clicking on your own ads for any reason is prohibited" so JANGAN sesekali klik iklan korang walaupn secara tidak sengaja. Kalau korang nak tengok iklan adsense, korang boleh pakai tool seperti Adsense Preview Tool.

2. JANGAN sesekali menyuruh rakan-rakan dan family klik iklan Google Adsense korang! Kalau korang buat jugak alamatnya terpaksa la korang bye2 kat Adsense ni..hehe

3. JANGAN sesekali tawarkan insentif kepada pengunjung/pengguna untuk klik iklan Adsense korang dan JANGAN sesekali menggunakan tool untuk klik secara automatik iklan adsense korang.

4. JANGAN tukar kod Adsense.

5. JANGAN letakkan iklan Adsense di website korang lebih daripada yang dibenarkan. Setakat ni Google membenarkan kita meletakkan 3 Ad Units, 3 Ad Link, 2 Search Box dan 3 Referral Units untuk setiap page website kita. Kalau korang letak lebih pun iklan tu takkan muncul gak..hehehe..lagi elok korang ikut je limit yang ditetapkan.

6. JANGAN letakkan iklan teks atau perkhidmatan search engine lain yang sama dengan iklan Adsense satu page yang sama. Google ni sensetif sikit..hehehe..jangan letak iklan teks satu page dengan iklan Adsense korang nanti Google ban korang..huhuhu..

7. JANGAN bagitau orang ramai tentang maklumat akaun korang..seperti CTR,CPM dan lain2. Tapi korang boleh tunjukkan jumlah pendapatan korang kat orang lain..nak bagi orang jeles..hahaha

8. JANGAN sesuka hati buat label kat iklan Adsense korang..contohnya korang label iklan Adsense korang sebagai "Favorite Sites". Setakat ni Google hanya benarkan kita label iklan Adsense sebagai "Sponsored Link" atau "Advertisements" saja.

9. Iklan Adsense ni mesti dipaparkan dalam page yang sama. JANGAN tukar iklan Adsense dipaparkan di page baru..Google tak benarkan.

10. Mempunyai 1 akaun Adsense sudah memadai untuk kita letak iklan Adsense. Maksud saya disini, dengan ada akaun adsense ni kita boleh boleh meletakkan kod adsense di laman web kita yang lain. So JANGAN la cuba nak wat akaun Adsense lebih dari 1 sebab kalau Google tahu korang wat camni habisla korang..semua akaun korang kan kena suspend..

11. JANGAN letak iklan Adsense di page yang yang tiada maklumat/kandungan. Contohnya, korang letak iklan adsense ni di page "Terima Kasih" atau "Selamat Datang". Korang mesti letak iklan Adsense di page yang ada maklumat/kandung sebab pengiklan bayar untuk laman web yang ada "content pages" saja.

12. JANGAN letak imej yang beri maksud yang sama dengan iklan Adsense. Contohnya korang bleh lihat di sini.

13. JANGAN hantar iklan Adsense korang melalui e-mail.

14. JANGAN jadikan iklan Adsense sebagai iklan alternatif (alternate ads). Contohnya korang letak Chitika eminimalls kat website korang dan untuk pengetahuan korang Chitika ni membenarkan kita meletakkan iklan alternatif (alternate url) sekiranya iklan tidak muncul. So, JANGAN pula try letak iklan Adsense korang sebagai alternate url bagi Chitika eminimalls. Tapi kalau kita letak iklan Adsense di website kita dan iklan Adsense tersebut tidak muncul atau yang muncul Public Service Ads, Google membenarkan kita kita meletakkan iklan alternatif. So, yang pasti Google Adsense tak nak jadi iklan alternatif (alternate ads)..biasala company besar..hehehe.

15. JANGAN try letak iklan Adsense korang ni kat website yang ada kandungan seperti porno, perjudian, dadah dan yang setaraf dengannya..hehehe

So dengan adanya senarai ni, saya harap korang dapat memahami dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara2 ni daripada terjadi..untuk ikut smua TOS memang agak leceh sebab mungkin kita terlupa atau terlepas pandang biasala semangat tengah berkobar2 untuk cari duit.

Cara saya elak perkara2 ni daripada berlaku:
1. Sebelum letak iklan Adsense kat website, saya akan baca TOS Google dulu dan kalau saya ragu2 jgk saya kan tengok website orang lain untuk pastikan apa yang saya lakukan tidak melanggar TOS Google.

2. Saya sentiasa buka dan baca website Inside Adsense untuk memperolehi maklumat terkini tentang Google Adsense.

**Tolong betulkan sekiranya maklumat yang saya sediakan ni ada kesilapan.



1 comments:

Lia said...

Terima kasih tips dan sarannya. Adsense memang tiada matinya. Oya bagaimana sudah cobakah trading forex? Ini bisnis yang lumayan bagus juga kalai kita sudah bisa paham dan disiplin. Coba buka saja www.octafx.com
Itu web broker yang bisa dipercaya, kasih bonus bagus dan support baik.